DAGING ARNAB - Agrovet2u
SUBTOTAL :

Contact online/ Operator Online

aneka haiwan arnab daging diskaun hiliran iat off@-5% price_RM28.OO-RM55.00 produk snek
DAGING ARNAB

DAGING ARNAB

aneka haiwan arnab daging diskaun hiliran iat off@-5% price_RM28.OO-RM55.00 produk snek
Short Description:
Daging arnab sedap dan yang kaya dengan protein berkualiti iaitu dianggarankan = 21g bagi setiap 100g. Protein yang mudah cerna (digestible protein).

Product Description



DAGING ARNAB

          Daging arnab merupakan daging yang diperolehi daripada arnab pedaging dari jenis baka new zealand white bukan daripada daging arnab yang biasa yang dijadikan haiwan kesayangan. Khasiat daripada daging arnab ini juga dapat meningkat kemampuan tenaga golongan lelaki. Ini disebabkan daging arnab mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi dan juga kadar paras lemak yang rendah.  untuk golongan muda dan tua yang mementingkan pemakanan berkhasiat, bagi wanita yang hamil dan ibu menyusu dan juga ahli sukan. Selain itu, anda tahukah yang daging arnab mempunyai sumber nutrisinya tersendiri. Tinggi vitamin B3 dan B12, fosforus, kalium dan selenium. Ini menyumbang kepada keseimbangan nutrisi untuk keperluan diet harian kita. Daging arnab mengandungi omega-3 dan omega-6 asid lemak, ia mempunyai vitamin A, PP, E, C. Tambahan pula, daging arnab mengandungi banyak vitamin B-B1, B2, B4, B6, B9, B12. Dalam daging arnab terdapat unsur jejak yang berharga seperti magnesium, kalium, sulfur, klorin, kalsium, natrium, fosforus, dan sebagainya. Dengan nilai pemakanan yang tinggi, kandungan kalori produk agak rendah kira-kira 150 kcal setiap 100 gram produk. Nutrisi dalam daging arnab ini sesuai untuk memberi kesan kepada tubuh, menguatkan sistem imun, membersihkan usus daripada toksin dan gelangsar.
  • Rendang
  • Goreng berempah
  • Masa lada
  • Black paper


HARGA YANG MURAH DAN BERBALOI


           Daging yang kaya dengan protein berkualiti iaitu dianggarankan = 21g bagi setiap 100g. Protein yang mudah cerna (digestible protein). Ini secara langsung membantu meningkat metabolisma. Anda semua tahu bahawa protein merupakan penting untuk pembentukan otot. Daging arnab boleh dijadikan sebagai sumber makanan berasaskan daging yang mempunyai sumber protein yang tinggi, kandungan lemak yang rendah dan juga mempunyai kandungan serat halus yg tinggi. Protein memainkan peranan yang besar untuk kesihatan badan Oleh itu, produk protein membentuk asas nutrisi untuk atlet, terutama pembina badan. Terdapat kajian telah menunjukkan bahawa daging arnab diserap dengan baik iaitu lebih daripada 90% protein masuk ke dalam badan. Sebagai perbandingan, protein dari susu oleh daging arnab lebih baik dari daging ayam yang hanya 54% protein sahaja yang dapat badan serap. Selain itu,daging arnab boleh diletakkan dalam diet untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis kerana daging arnab berguna untuk pesakit kencing manis ianya mengurangkan tahap glukosa dalam darah.


Bagi mereka yang ingin mendapatkan bekalan oleh hubungi

Arnab Pedaging Muda (APM)

Kg. Pt. Hj. Anuar, Jalan Muar-Ayer Hitam

84150, Muar,

Johor Darul Tak'zim

No. Telepon : 014-737 6829 (EN. Faizal)




1 Review:

  1. daging arnab terbaik. Segar dan lembut. Boleh beli lagi daripada seller nih tapi bagi murah sikit la tuan. Peminat daging arnab nih...

    ReplyDelete